Thursday 2 May 2013

Kalam Falsafah






Al-Farabi Tokoh Falsafah Islam Dunia..

Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.

Latar Belakang Tokoh

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu   Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. 

 Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. 

 Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H) 

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. 

Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

 Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. 

Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M. 

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan. Sebagai seorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya. 

 Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini. 


Jiwa @ Akal Menurut al-Farabi

Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup( survival instinct ),dalam pemeliharaan diri ( self defence mechanism ) dan pengembangan zuriat( breeding mechanism ).
Menurut Al-Farabi lagi, akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan jasmani daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat. 

Al-Farabi menaruh perhatian besar pada kewujudan jiwa dan kaitannya dengan kekuatan berfikir menurut dia jiwa wujud dalam tubuh manusia, memancar dari akal kesepuluh. Dari akal kesepuluh ini pulalah memancar bumi, roh, api udara dan tanah. Dalam persoalan jiwa ini Al-Farabi cuba membuat andaian antara pendapat Plato dengan Aristotle. Menurut Plato, jiwa itu ia sesuatu yang berbeza dengan tubuh, ia adalah substansi rohani. Sedangkan menurut Aristotelis, jiwa adalah bentuk tubuh.
Dalam hal ini, Al-Farabi cuba mencari jalan keluar  antara kedua pendapat yang berbeza di atas. Menurut dia, jiwa itu berupa substansi dalam diri dan bentuknya ada hubungan dengan tubuh. Jadi  jelaslah disini Al-Farabi mengambil teori substansi dari plato dan teori bentuk dari Aristotle.
Al-Farabi cuba memilah jiwa yang ada pada jiwa itu kepada tiga macam. Pertama daya gerakan seperti gerak untuk makan, gerak untuk memelihara sesuatu, dan gerak untuk berkembang biak. Kedua, daya mengetahui seperti mengetahui dalam merasa dan mengetahui dalam berimaginasi. Ketiga, daya berfikir yang di pilih-pilih kepada akal praktik dan akal teori.
Tentang akal praktik dan teori, masing-masing mempunyai fungsi yang berbeda, akal praktis berfungsi untuk menyimpulkan apa yang mesti dikerjakan oleh seseorang. Sedangkan akal teori berfungsi untuk membantu dalam menyempurnakan jiwa.
Seterusnya akal teori dibagi lagi kepada tiga macam. Pertama, akal potensi atau akal fizik (material). Akal ini dapat menangkap bentuk-bentuk dari barang-barang yang dapat ditangkap oleh panca indra. Kedua, akal aktual, akal biasa. Akal ini dapat menangkap semua makna-makna dan konsep-konsep. Ketiga, akal mustafad, akal yang diperolehi (acquired). Akal ini mampu mengadakan komunikasi dengan Sang Pencipta.
Untuk berkomunikasi dengan Sang Pencipta menurut Al-Farabi seseorang harus mempunyai jiwa yang bersih, kesucian jiwa. Tidak hanya diperoleh melalui badan dan perbuatan-perbuatan badan semata-mata tetapi Kesucian jiwa dapat diperoleh melalui kegiatan berfikir dan terus berfikir. Menurut Al-Farabi, falsafah dan moral sama-sama mengilhamkan kebahagiaan bagi manusia. Kebahagiaan seseorang akan wujud apabila jiwanya sudah sempurna. Salah satu indikasi kesempurnaan jiwa ialah apabila ia sudah tidak lagi berhajat kepada material.
Al-Farabi sendiri dalam kehidupannya sebagai seorang sufi dan filosof menyimpan jiwa kesufiannya yang sangat mendalam untuk dapat berkomunikasi dengan Sang Pencipta dalam kezuhudan kehidupan. Ia menjadikan kesucian jiwa sebagai asas dalam berfalsafah yang benar.
Menurut Al-Farabi kebahagiaan mengandung kelazatan yakni kelazatan jasmani dan akli. Kelazatan jasmani hanya sebentar, mudah diperoleh dan cepat hilang. Sedangkan kelazatan akli inilah tujuan hidup hakiki manusia. Untuk mencapai tujuan tersebut manusia perlu mengembangkan daya fikir yang benar, mampu membezakan baik dan buruk, benar dan salah, serta punya kemahuan yang kental. Memiliki keutamaan hasil pemikiran teori, pemikiran praktis, sikap mental yang benar dan perbuatan yang benar.

http://www.referensimakalah.com/2012/03/konsep-jiwa-al-nafs-menurut-al-farabi_

No comments:

Post a Comment