ULASAN SKIZOFRENIA DAN KAEDAH RAWATANNYA
“
BEAUTIFUL OF MIND”
Create
by: Sakinah Consultant
SKIZOFRENIA
Skizofrenia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku
namun begitu ia adalah suatu keadaan yang mana pemikiran seseorang itu sedang
mengalami gangguan. Ia
adalah kecelaruan
mental yang sering berlaku, kompleks serta sukar untuk ditentukan. Secara
dasarnya kecelaruan skizofrenia juga dikenali oleh pakar sebagai psikosis. Skizofrenia
telah menyebabkan penghidapnya gagal untuk berfungsi terhadap perkara asas
dengan baik. Kebiasaannya penghidap skizofrenia gagal berfungsi secara sosial
dan persekitaran serta tidak berupaya untuk menguruskan diri mereka sendiri.
Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan masalah
kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak
didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan
menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini
biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap
perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak
bercakap selama berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa
yang mereka fikirkan. Berdasarkan filem “Beautiful of Mind”
yang kita dapat lihat antara watak (Nash) seorang yang bijaksana dan pakar
matematik menghadapi penyakit
skizofrenia sepanjang usianya dan kaedah rawatan yang digunakan dalam
menghadapi skizofrenia tersebut.
Filem yang mendapat anugerah yang terulung iaitu
academy Award. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang terkenal iaitu
Russel Crowe (John Forbe Nash), Ed
Harris ( William Parcher), Jenifer Connely (Alicia Nash), Chritopher Plummer
(Dr.Rosen), Paul Bettany ( Charles Herman), Vivien Cardone) Marchee. John Nash
merupakan seorang genius dan pakar dalam matematik disebabkan itu beliau hidup
dalam kehidupan bermodelkan matematik. Beliau sangat percaya dengan
angka.
Filem ini bermula dari kisah John Nash
sebagai mahasiswa di preceton Universiti. Beliau adalah mahasiwa yang unik, namun tidak suka
dengan buku, kelas dan sering ponteng dalam mengikuti pelajaran dikuliah. Bagi
beliau keadaan itu mampu mengganggu kretiviti dan keaslian ideanya. Sikap
beliau cenderung kepada keadaan yang
tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka bersendiri. Dalam
perjalanan kisah hidupnya beliau telah mengidapi satu penyakit psikologi iaitu dikenali sebagai skizofrenia. Beliau
telah menghadapi pelbagai halangan dalam mengecapi kejayaan, namun keadaan
tersbut menyebabkan keadaannya bertambah parah apabila beliau tidak mampu untuk
membezakan antara halusinasi dan kenyataan.
Suatu ketika beliau dipanggil ke Pentagon
untuk memecahkan kod Rahsia. Selepas itu beliau terus berfantasi dengan bertemu
dengan pegawai yang mengajak beliau untuk bekerja sbagai mata-mata. Dalam dunia
fantasinya is seolah-olah berada dalam keanggotaan rahsia jabatan pertahanan AS
yang sedang melakukan kajian terhadap pengeboman bom yang akan dilakukan oleh
Rusia.
Beliau telah berkahwin dengan salah
seorang muridnya iaitu Alicia, setelah beberapa tahun perkahwinan mereka Alicia
menyedari tingkah laku suaminya yang aneh dan akhirnya John Nash dibawa kerumah
sakit jiwa untuk perubatan dalam masalah penyakit skizofrenia. Namun begitu,
John Nash kembali berhalusinasi dan semakin parah. Walaupun begitu sepanjang
keadaan ini berlaku pada John Nash, Alicia merupakan seorang Isteri yang setia
dan baik perwatakannya beliau telah berkorban secara zahir dan batin terdadap
kehidupannya, kasih sayng dan kesabarannya membantu suaminya dengan harapan
suaminya dapat dipulihkan semula.
Di akhir kisah Beautiful of Mind, John
Nash dianugerahkan penghargaan Nobel dalam bidang Ekonomi di Swedia pada tahun
1994 untuk teori ekulibriumnya yang banyak berjasa dalam bidang ekonomi dunia.
Ia menutup penganugerahan tersebut ‘aku selalu percaya akan angka’
Beginilah kefahaman secara ringkas yang
kami simpulkan sebagai ceritera sebuah perjalanan seorang pesakit Skizofrenia
dalam melalui kehidupannya. Liku-liku perjalanannya penuh berduri namun begitu
kecekalan hatinya membawa hakikat kajayaannya tersendiri.
SEJARAH SKIZOFRENIA
Skizofrenia
adalah kecelaruan mental telah ditemui
sejak beratus tahun dahulu. Seawal tahun 1860 ahli psikiatri terkenal dari
Perancis, Morel menghuraikan sindrom ini sebagai demence precox. Keadaan ini juga pertama kali digambarkan oleh, Father of Psychiatrist Emil
Kraeplin (1896) dari Jerman menggelarkan
kecelaruan ini sebagai demensia praecox
ia berdasarkan gejala dan riwayat alamiahnya. (I.M.Ingram, G.C.Timbury, R.M
Mowbray, 1995). Perkataan demensia
dalam bahasa Latin membawa maksud pecahan dalam fungsi mental dan praecox pula bermaksud sebelum peringkat
matang. Kraeplin menjelaskan bahawa kecelaruan ini merujuk kepada peringkat
gangguan yang melemahkan kemampuan proses pramatang otak bagi seseorang itu
atau secara ringkasnya adalah penyakit otak. Beliau turut menjelaskan bahawa
kecelaruan ini memerihalkan keadaan perpecahan mental yang bermula dari zaman
kanak-kanak.
Pada tahun 1911 ahli psikiatri dari
Sweeden, Eugen Bleular telah menyangkal teori yang dikemukakan oleh Kraeplin.
Bleular menolak penakrifan demensia
praecox kerana menganggap kecelaruan ini sebagai simptom atau kejadian yang
berlaku secara semulajadi pada seseorang itu. Bleular menggantikan demensia praecox dengan schizophrenia. Schizo bermaksud
terbelah, tercerai atau terpisah (split)
iaitu perpecahan dalam pemikiran. Phrenia
pula bermaksud fungsi psychic atau mind
(minda) iaitu antara keadaan realiti dan fantasi. Dalam kata lain schizophrenia ialah split of the mind. Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini
bukanlah sekadar kecelaruan personaliti
semata-mata malahan terjadi disebabkan oleh keadaan tekanan yang dialami.
Pengalaman atau keadaan yang dirasai dan dialami oleh penghidap skizofrenia
terlalu sukar untuk difahami sehingga ada yang menyatakan bahawa:
“ ….you think you know what it’s like to have schizophrenia, but
you
really don’t. No one knew what it feels to have this problem unless
they
have actually had them.” (Mueser dan Gingerich, 1955)
Statistik
Skizofrenia
Perkiraan
risiko skizofrenia pada suatu waktu tertentu 0, 5-1 %. Sekitar 15 % penderita
skizorfrenia masuk ke rumah sakit jiwa, 45% populasi rumah sakit jiwa merupakan
pesakit skizorfrenia, dan sebahagian
besar pesakit skizofernia akan tinggal dirumah sakit untuk waktu yang
lama. Pesakit yang mengidap skizorfrenia ini juga lebih banyak melibatkan kaum
lelaki berbanding wanita dan kebanyakkannya bermulia pada usia 30
tahun.(I.M.Ingram, G.C.Timbury, R.M Mowbray, 1995)
SIMPTOM SKIZOFRENIA
Simptom skizofrenia dapat dibahagikan kepada tiga aspek
yang penting melibatkan kecelaruan kognitif, gangguan emosi dan kecelaruan
tingkah laku.
kecelaruan kognitif
Penghidap skizofrenia akan mengalami keadaan ‘tidak
berpijak di alam nyata’. Pesakit biasanya mempunyai kepercayaan ganjil dan
tidak betul, mempunyai persepsi yang salah, pemikiran dan bahasa yang
terpisah-pisah dan tidak logik. Mereka juga mengalami kecelaruan tumpuan iaitu
tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkataan atau peristiwa. Menurut
Ramli (1978) dalam Azizi (2006) seseorang yang mengalami kecelaruan ini ialah
seorang introvert yang suka bersendirian, sukar dan tidak berasa selesa bergaul
dengan orang lain serta gemar berkhayal dan lebih suka hidup dengan fantasinya
sahaja.
Hal ini didapati di dalam
filem beautiful mind iaitu John Nash adalah lelaki sederhana dan peribadinya
seorang yang penyendiri, pemalu, rendah diri serta introvert. Ungkapannya di
dalam filem tersebut adalah “ Aku tidak terlalu suka berhubungan dengan orang
dan rasanya tidak ada orang menyukaiku. “ ujar Nash berkali-kali.
Kecelaruan persepsi ini dikenali sebagai halusinasi dan
kecelaruan kepercayaan pula dikenali sebagai delusi. Kecelaruan
kognitif dapat dibahagikan kepada dua iaitu halusinasi dan delusi.
Ø Halusinasi
Halusinasi persepsi tanpa kehadiran rangsangan deria.
Pesakit mungkin dapat mendengar, melihat, merasa ataupun mencium sesuatu yang
sebenarnya tidak ada di persekitarannya. Halusinasi ini seolah-olah seperti
benar kepada pesakit dan mungkin disebabkan oleh kebimbangan dan
perubahan-perubahan fungsi dalam sistem saraf. Bagi manusia yang normal mimpi
semasa tidur yang dialami mungkin dapat menggambarkan halusinasi bagi penghidap
skizofrenia. Jenis-jenis halusinasi dapat dibahagikan kepada halusinasi pendengaran
dan penglihatan. Halusinasi pendengaran
apabila seseorang itu dapat mendengar suara seperti mendengar suara seperti
mendengar suara tuhan, hantu, jiran ataupun saudara mara yang mungkin akan
mengatakan sesuatu yang baik ataupun tidak baik walhal suara itu tidak ada.
Halusinasi penglihatan berlaku apabila penghidap skizofrenia dapat melihat
sesuatu dengan jelas, dekat dan bergerak tetapi pada hakikatnya tidak dapat
dilihat oleh orang yang normal
Di dalam filem beautiful
mind, ia menunjukkan bahawa John Nash sering berhalusinasi dan merasa ada orang
yang ingin membunuhnya di dalam dunia yang nyata walaupun hal tersebut tidak
pernah wujud.
Ø Delusi
Menurut Mueser dan Gingerich (1995) delusi merupakan
kepercayaan yang salah yang tidak dikongsi dengan orang lain. Ia adalah
kepercayaan yang tidak berdasarkan realiti dan sering menganggapnya sebagai
perkara yang betul-betul berlaku. Sebagai contoh pesakit percaya bahawa beliau
adalah orang yang terkenal ataupun percaya ada pihak cuba menipu, memalukannya,
mengintip, menjatuhkannya, mencederakan, membunuh ataupun menghancurkannya.
Terdapat beberapa jenis delusi iaitu:
A. Delusi Penyeksaan dan
Penganiayaan: pesakit mempercayai bahawa masyarakat sentiasa berbicara tentang
dirinya, mengawasi tindak tanduknya, menyimpan dendam terhadapnya dan cuba
membunuhnya.
B.
Delusi Kebesaran dan
Kemuliaan: wujud daripada perasaan rendah diri dan berasa diri tidak selamat.
Pesakit mempercayai bahawa orang sentiasa mengawasinya kerana kekuasaan yang
dimilikinya.
Sebagai contoh John Nash
menggangap dirinya mempunyai kelebihan sebagai agen dan penyimpan kod
rahsia.
C.
Delusi Pengaruh: pesakit
percaya adanya kuasa luar yang cuba mengawasinya. Dia juga merupakan individu
yang dapat mempengaruhi orang lain dengan utusan atau perintah daripada Tuhan
yang dipertanggungjawabkan.
D. Delusi Hipokondriak:
pesakit merasakan kesakitan tubuh badan yang pada hakikatnya adalah palsu.
E.
Delusi Sangkaan: pesakit
percaya semua perbuatan tertumpu kepadanya.Semua berita di akhbar, radio dan
televisyen hanya berbicara tentang dirinya.
F.
Dipersonalisasi: pesakit
percaya tubuh badan mereka berubah bentuk kepada bentuk yang tidak menyerupai
manusia.
G. Derealisasi: pesakit
percaya alam semulajadi mengalami perubahan yang jelas.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi ini bermaksud kurang ataupun tidak
menunjukkan gerak balas emosi ataupun mempunyai gerak balas emosi yang tidak
sesuai dengan situasi. Proses pemikirannya sering kali tidak logik dan tidak
berkait atau berkesinambungan antara satu dengan lain. Misalnya, bersedih
ketika orang lain bergembira, ketawa ketika orang lain menangis dan sebagainya.
Antara jenis-jenis gangguan emosi adalah:
A. Emosi yang tidak sesuai:
berlaku apabila emosi tidak sesuai dengan situasi berlaku kepada
pesakit.Contohnya, apabila diminta mematikan radio, pesakit akan ketawa secara
keterlaluan.
B.
Emosi malap: emosi yang
sentiasa murung dan tidak menceriakan. Contohnya, pesakit hanya senyum sedikit,
tanpa menunjukkan senyuman yang sewajarnya apabila diberikan hadiah.
C.
Emosi berlebih-lebihan:
berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang berlebihan daripada yang
sepatutnya. Contohnya, pesakit menunjukkan kegembiraan yang melampau seperti
melonjak-melonjak dan ketawa yang kuat apabila diberikan duit walaupun hanya
berjumlah 50 sen.
D. Emosi mendatar: berlaku
apabila pesakit tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa atau
situasi yang berkaitan dengan dirinya. Contohnya, pesakit tidak menunjukkan
sebarang reaksi apabila diberitahu bahawa kucing kesayangannya mati.
Hal ini terdapat
pada diri John Nash apabila mengendong anaknya tanpa emosi dan perasaan.
E.
Anhedonia: keadaan pesakit
tidak mampu mengalami keseronokan, menyebabkan emosi pesakit kosong dan
sesetengah daripada mereka akhirnya membunuh diri.
Kecelaruan Tingkah Laku
Kecelaruan tingkah laku berlaku apabila pesakit menarik
diri daripada perhubungan sosial (tarik diri sosial). Dalam kes tertentu,
mereka inginkan hubungan yang rapat dengan orang lain, tetapi takut kepada
orang ramai ataupun menunjukkan kurang minat pada orang lain. Kadangkala
pesakit hilang motivasi, tiada aktiviti yang bermatlamat. Mereka juga mengalami
kecelaruan seperti melakukan ekspresi muka yang ganjil, terlalu aktif ataupun
sebaliknya tidak bergerak langsung ataupun seperti robot. Kadangkala bahasa
pesakit sukar difahami. Mereka juga boleh bertindak seperti kanak-kanak dan
menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai di khalayak ramai misalnya daripada
segi pakaian. Terdapat pesakit yang tidak mampu menjaga dan membersihkan diri
seperti tidak mandi,menggosok gigi dan menukar pakaian. Menurut Hawari (2003),
seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan
jiwa atau keretakan keperibadian.
JENIS-JENIS SKIZOFRENIA
Tiga jenis skizofrenia
yang utama iaitu skizofrenia paranoid, heberfrenik dan katatonik.
Skizofrenia Paranoid
Pesakit mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang
sentiasa menyimpang daripada kebenaran yang normal. Ciri-cirinya pesakit
mengalami halusinasi, delusi, suka bertengkar dan curiga terhadap orang lain.
Keadaan ini biasanya dirujuk sebagai skizofrenia besar (skizofrenia grandeur).
Pesakit curiga pada orang lain dan menunjukkan kemarahan yang berlebih-lebihan.
Misalnya, mereka mungkin mencurigai orang lain dan percaya mereka akan diculik,
dimalukan atau dibunuh. Mereka akan bertindak ganas dengan tujuan melindungi
diri mereka berdasarkan kepercayaan palsu ini. Pesakit secara relatifnya
kelihatan normal seperti orang normal yang lain meliputi wajah, berpakaian dan
seumpamanya. Skizofrenia ini juga disebut skizofrenia parafenik atau parafrenia.
Hal ini didapati pada ada
usia tiga puluhan, John Nash menderita serangan pertama skizofrenia paranoid,
Nash menunjukkan gejala-gejala delusi, halusinasi, ketidaktentuan fikiran dan
perasaan ke arah tahap yang parah.
Skizofrenia
heberfrenik (kacau-bilau)
Skizofrenia heberfrenik adalah jenis yang paling serius
dan sering dialami pada peringkat awal kehidupan seseorang. Ciri-cirinya adalah
suka menarik diri daripada bersosial secara ekstrim, halusinasi, delusi,
kebodohan, mempamerkan tingkah laku yang tidak sesuai, tingkah laku ganas dan
tingkah laku ganjil yang lain. Skizofrenia jenis ini sama seperti paranoid
daripada segi adanya delusi dan halusinasi, tetapi tidak teratur,
berpecah-pecah sehingga ia tidak mempunyai makna langsung.
Skizofrenia
katatonik
Pesakit biasanya tidak menunjukkaan pergerakan langsung
(tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri ataupun menggoyangkan
badannya dengan cara yang melampau. Biasanya pesakit bertindak dalam kedua-dua
keadaan, iaitu berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan
menggoncangkan badan ataupun bercakap tidak henti-henti dalam waktu yang lain.
Mereka mungkin berada dalam keadaan kaku sehingga beberapa jam lamanya.
KAEDAH-KAEDAH RAWATAN
SKIZOFRENIA
Terapi Konvulsi Elektrik (kejutan)
Terapi Konvulsi Elektrik (TEK) dikenali sebagai terapi
kejutan. Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk memberikan kejutan secara
teraputik kepada sistem otak.
Dalam filem A Beautiful
Mind Dr. Rosen telah merawat Nash dengan kaedah konvulsi elektrik ( kejutan ). Terapi ini
dilakukan sebanyak lima kali seminggu dan berlanjutan selama 8 bulan.
Rawatan Psikoanalisa dan Terapi
Psikodinamik
Pendekatan ini cuba dijalankan tetapi ia mendapat
tentangan daripada Freud. Freud tidak yakin pada pendekatan ini kerana
perhubungan pesakit dengan dunia fantasi sukar menjalinkan hubungan baik antara
pesakit dan kaunselor. Pengamal pendekatan psikoanalisa lain seperti Harry Swtack
Sullivan dan Frieda Fromm-Reichmann cuba mencipta cara khusus bagi
menyelesaikan masalah pesakit skizofrenia tetapi kurang berjaya bahkan mendapat
kritikan. Ini kerana kajian psikoanalisa dan psikodinamik yang dijalankan tidak
dapat membuktikan pesakit dapat diubati.
Kaedah psikodinamik menekankan pesakit yang menghadapi
masalah dalam membebaskan diri mereka daripada kekecewaan-kekecewaan yang
dialami sejak dahulu. Antaran kekecewaan yang dialami ini adalah hasil daripada
salah interaksi antara struktur id, ego dan superego. Ini semua akan
menimbulkan kebimbangan yang sukar dikesan. Oleh itu dalam sesi terapi ini,
teknik perkaitan bebas (free association)
digunakan di mana pesakit diminta mengeluarkan segala yang terpendam dalam
fikiran, perasaan dan hatinya. Mereka tidak dibenarkan menyekat atau menahan
apa-apa perasaan, fikiran, rasa hati, masalah atau fantasi ataupun yang tidak
munasabah daripada pakar terapi. Tujuannya supaya semua konflik yang dialami
secara sedar atau tidak sedar dibawa keluar ke alam sedar dan dikenali serta
difahami oleh pesakit. Kini kaedah terapi individu banyak digunakan dan
terbukti dapat mengurangkan gangguan dan membantu pesakit membina kemahiran
sosial seperti bagaimana hendak berhadapan dengan kritikan orang lain (Azizi
Yahaya et.al 2006: 199 )
Kaedah ini telah digunakan dalam filem A Beautiful Mind yang mana Alicia
memberikan bukti yang kukuh kepada suaminya John Nash bahawa apa yang dialami
adalah tidak benar sebagai contoh Alicia menyiasat sendiri dengan pergi ke
whsel dan mengambil semula surat-surat yang ditulis oleh John Nash kepada
organisasi gelap dan membuktikan bahawa surat tersebut tidak pernah dibaca.
Ketika di hospital Nash telah meluahkan masalahnya kepada Alicia dan Alicia
telah membuktikan kepadanya bahawa apa yang dialami selama ini adalah tidak
benar walaupun pada hakikatnya Nash tidak mempercayainya. Seterusnya John Nash
masih perlukan perhatian dan tidak boleh membiarkan beliau keseorangan seperti
Alicia tidak membenarkan anaknya dimandikan oleh John Nash kerana tahu bahaya
yang akan menimpa namun John Nash tetap melakukanya dan akhirnya Dr. Rosen
memberikan nasihat dan kaunseling kepada Johm Nash akibat daripada peristiwa
itu.
Rawatan Sosiobudaya
Dalam kaedah ini peranan yang penting dimainkan oleh
kumpulan etnik masyarakat bagi membantu keluarga yang mengalami skizofrenia.
Ini kerana keadaan pesakit skizofrenia berbeza-beza di setiap tempat sama ada di
Asia mahupun Eropah. Oleh itu, kaedah rawatan ini lebih menekankan nilai moral
dalam masyarakat seperti keluarga memberikan sokongan yang sewajarnya kepada
pesakit ini dan menyediakan tempat kerja yang sesuai bagi mengembalikan
hubungan pesakit dengan komuniti masyarakat. Secara tidak langsung dapat
mengendurkan emosi pesakit dan penerimaan pesakit terhadap masyarakat. Kaedah
ini sukar dilaksanakan memandangkan masyarakat selalunya mempunyai pandangan
yang negatif pada pesakit psikotik dan kurang memberikan sokongan kepadanya
untuk sembuh.
Menurut
Rohana Saidin (2011), pengasas Rumah Titian Ashraful Rohaniah di dalam satu
Forum Memahami Skizofrenia: Menyangkal Prejudis dan Stigma Sosial di Universiti
Kebangsaan Malaysia, di Malaysia paling
menyedihkan apabila keluarga sendiri yang membuang dan menyisihkan
pesakit-pesakit skizofrenia ini. Sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap
penghidap skizofrenia dan memandang rendah kepada mereka menyebabkan pesakit
sukar untuk pulih. (sumber: Kosmo 14
November 2011).
Menurut
Nevid, et al. (2000) anggota keluarga mampu untuk memainkan peranan yang paling
berkesan sebagai kumpulan sokongan. Konsep penerimaan sepenuhnya daripada
anggota keluarga sendiri mampu untuk memulihkan kecelaruan kecelaruan yang
dihidap oleh pesakit.
Sebagai contoh dari filem “Beautiful Mind” ialah kerjasama dari
masyarakat seperti kawannya yang membenarkan dia belajar semula di Princeton
university. Masyarakat seumpama beberapa orang pelajar
dari Universiti tersebut menegurnya dan mula mempelajari ilmu dan bergaul
dengannya. Justeru itu, pemerhatian dan pemantauan daripada isterinya Alicia.
Yang telah banyak membantu John Nash bersama-sama mengharungi kehidupan tidak
kira di waktu senang atau susah Kepercayaan dari orang sekeliling seperti
Alicia percaya yang suaminya bercakap dengan pengutip sampah bukan dengan
meraguinya.
Rawatan pemulihan
Rawatan secara program pemulihan merangkumi pelbagai
kaedah tanpa melibatkan komponen perubatan. Contohnya, program yang
mengkhususkan objektifnya untuk meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran
vokasional. Penerapan kemahiran seumpama ini berupaya untuk memberikan impak
pemulihan yang positif kepada pesakit. Menurut Selingman dan Rosenhan (2001),
penerapan kemahiran seumpama ini penting kerana pada kebiasaannya pesakit
skizofrenia menghadapi kesukaran untuk melaksanakan kemahiran asas kehidupan
biarpun kemahiran merupakan perkara yang mudah bagi seseorang yang
normal.
Kaitan kaedah ini dalam
filem tersebut ialah yang mana Dr. Rosen banyak membantu Alicia dalam
menanggani penyakit yang dihidapi oleh John Nash. Namun begitu,
pernah berlaku sedikit konflik yang mana John Nash ingin membunuh anaknya
sendiri dan setelah itu menolak Alicia semasa Alicia cuba untuk menelefon pihak
hospital disebabkan hasutan oleh Pacher. Sokongan moral daripada isterinya
adalah salah satu faktor Nash berjaya mengawal penyakitnya. Kekuatan dalaman
pesakit itu sendiri seperti Nash tidak melayan khayalannya itu. Keadaan
penyakit skizofrenia ini memerlukan masa yang panjang untuk mengubatinya oleh
yang demikian, kemahiran (melihat, mendengar) dan teknik perubatan yang betul
akan mampu mempercepatkan proses tersebut.
Kaedah Biologi
Kaedah ini merujuk kepada pengambilan ubat antipsikotik
iaitu dadah seperti thorazine, melaril, stelazine dan prolixin yang pada
umumnya menghasilkan kesan yang sama. Ubat ini akan mengurangkan aktiviti
reseptor dopamin otak yang akan dapat mengurangkan halusinasi dan delusi
pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan penyakit ini. Menurut Mueser dan
Gingerich (1995), rawatan dan ubat-ubatan untuk kecelaruan skizofrenia bermula
pada tahun 1950 apabila ubatnya ditemui secara tidak sengaja semasa ahli sains
membuat kajian tentang hipertekanan yang melibatkan tekanan darah tinggi. Pada
masa itu, thorazine telah digunakan untuk uji kaji kepada haiwan tetapi
menghasilkan keputusan yang negatif. Thorazine turut diuji kepada pesakit
skizofrenia dan menghasilkan keputusan positif yang begitu memberangsangkan.
Manakala menurut Azizi Yahya dalam bukunya Punca dan Rawatan Kecelaruan
menjelang tahun 2000 terdapat lebih banyak ubat antipsikotik yang dihasilkan
seperti clozapine, risperidone dan olanzapine tetapi tetap mempunyai kesan yang
sama iaitu hanya mencegah pesakit
daripada mengalami gangguan yang lebih teruk dan mengurangkan tekanan
yang dialami serta mengurangkan episod psikotik pesakit
(Azizi Yahaya et. al 2006: 198).
Dalam filem A Beautiful Mind, Dr Rosen
memberitahu Alicia bahawa Nash mempunyai skizofrenia. Rawatan intensif di rumah
sakit jiwa Dr.Rosen dan mengambil ubat dengan cara terkawal beliau diberi ubat antipsikotik namun beliau kecewa
dengan kesan-kesan sampingan ubat antipsikotik yang beliau ambil, maka Nash
secara diam-diam berhenti mengambilnya. Ini menyebabkan halusinasi dan khayalan
beliau kembali semula.
Psikoterapi dan Kasih Sayang melalui keluarga
Kaedah rawatan ini merupakan rawatan yang paling mudah
untuk diberikan namun, segelintir daripada kita memandang remeh mengenai hal
ini. Peranan ahli keluarga dalam menangani masalah pesakit dengan berkongsi
masalah dengan pesakit, memberi tumpuan kepada aktiviti kehidupan harian
keluarga dan memberikan pendidikan kepada ahli keluarga yang memiliki masalah
tersebut dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan kaedah ini
kebanyakkannya berjaya. (Azizi Yahaya et. Al 2006: 200-201)
Melalui filem tersebut
kita dapati bahawa isterinya Alicia memberikan contoh isteri yang baik bagi
masyarakat amnya. Beliau merupakan seorang wanita yang sabar, cekal dan
tabah dalam menghadapi setiap situasi
dan masalah suaminya. Kehidupan yang dilalui penuh dengan ranjau duri dengan
keadaan suaminya yang dikatakan orang ramai “sakit mental” namun tanggapan yang
diberikan masyarakat tidak menghalang beliau untuk senantiasa berada disisi
suaminya dengan memberikan sokongan moral dan kasih sayang sepenuhnya kepada
orang yang dicintainya. Akhirnya beliau berbangga dengan suamninya John Nash
walaupun tidak mampu mengahalangi halusinasi yang berlaku dalam dirinya namun
mampu untuk mengawal keadaan penyakitnya dan mencapai cita-citanya menjadi ahli
matematik yang berjaya sehingga mendapat hadiah Nobel.
Penyakit ataupun kecelaruan skizofrenia merupakan
gangguan kesihatan mental atau lebih disebut ramai sebagai penyakit jiwa yang
serius. Ini kerana pesakit berada ddalam keadaan alam sedar dan khayalan. Ubat
untuk menyembuhkan penyakit ini juga masih belum ditemui sehingga sekarang
meskipun penemuan bagi rawatan dan ubat-ubatan untuk penyakit skizofrenia ini
telah bermula pada tahun 1950 lagi. Kaedah rawatan dan ubat-ubatan ini hanyalah
bersifat meredakan ketegangan pesakit. Walau bagaimanapun, jumlah pesakit yang
berjaya disembuhkan amat sedikit disebabkan mereka mengalami gangguan mental
yang amat serius. Namun begitu terdapat juga pesakit skizofrenia yang berjaya
pulih sepenuhnya dengan gabungan rawatan dan ubat-ubatan yang diperolehi. Siapa
sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika Syarikat (AS) yang juga
seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan penghidap skizofrenia
selama tiga dekad. Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan penyakit
tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan
normal seperti manusia biasa. Walaubagaimanapun pemupukan kasih sayang dan
sikap tidak meminggirkan mereka adalah faktor dan kaedah rawatan yang paling
berkesan yang dapat dibuktikan melalui gambaran filem tersebut. Malah sokongan
dari semua pihak masyarakat amnya amat diperlukan agar statistik pesakit yang
ada mampu dikurangkan.
RUJUKAN
I.M.Ingram, G.C.Timbury, R.M Mowbray. Notes
On Psychiatry. 1995. Terj: Petrus Andrianto. Jakarta: Penerbit Buku Kedoktoran EGC.
Azizi Yahaya, Cathy
Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad dan Sharifuddin Ismai. 2006. Kecelaruan tingkah
laku. PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Azizi Yahaya dan Tan Soo
Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.
Barlow, D.H. & Durand,
V.M. (2002). Abnormal psychology – An integrative approach. U.S.A.:
Wadsworth Group
Hawari Dadang. (2003). Pendekatan
Holistik Pada Gangguan Jiwa (Skizofrenia). Edisi Kedua. Fakulti Kedokteran.
Jakarta, Indonesia.
Mueser, K.T. dan
Gingerich. S. 1995. Coping With Schizophrenia. Oakland, California. New
Harbinger Publications, Inc.
Nevide, J.S., Rathus, S.A
dan Greene, B. 2000. Abnormal Psychology, Fourth Edition. New Jersey.
Prentice Hall.
Rabiatul Adawiyah Koh
Abdullah.Kasih sayang pulihkan skizofrenia http://www.utusan.com.my (25/04/2010).
Selingman, E.P. dan
Rosenhan, D.L. 2001. Abnormal Psychology. USA. W.W. Norton &
Company, Inc.
Create By :
Nurul Akhma bt Yahya
Nur Syamira bt Abd. Wahab
Nur Habibah bt Abd. Halim
Rabiatul Adawiyah bt Mahamad Nasir
No comments:
Post a Comment